Tentang perasaanKU ^_^

Friday, June 10, 2011

Wahai Sahabatku

09/06/2011 6.45pm
Teman,
Hari pertama ku mengenalimu,
Aku bersyukur kau sahabatku,
Walaupun kita berbeza agama,
Kesetiaan dalam persahabatan,
Aku hargai adanya kehadiranmu,

Teman,
Tanpa dirimu aku resah,
Disaat bergembira kita bersama,
Berkongsi suka dan duka,
Tapi,
Disaat kau mungkiri janjimu,
Aku kecewa,
Kecewa kerana sikapmu,
Bercampur-baur segala perasaanku,
Namun aku tetap bersabar,
Bersabar demi sebuah persahabatan,
Aku tidak sanggup melihat talian persahabatan
Musnah begitu sahaja,
Walaupun kau menyakiti hatiku,
Aku rela,
Rela kerana kau Temanku.

Teman,
Betapa kecewa diriku,
Sampai menitiskan air mata,
Apabila mengenangkan kembali,
Tiada kata-kata yang dapat aku luahkan,
Melainkan titisan air mata,
Penawaran kekecewaanku,

Teman,
Kau istimewa bagiku.
Istimewa kerana kau sahabatku,
Bagiku....
Andai talian persahabatan musnah,
Hatiku bagaikan ditusuk sembilu bisa,
Prsahabatan bagaikan.......ku,
Bukan aku meminta,
Bukan aku memaksa,
Tapi,
Aku inginkan kejujuran & kesetiaan dalam persahabatn,

Teman,
Pernah kau berjanji padaku,
Kata sepakat dipersetujui bersama,
Tapi kau memungkiri janjimu,
Aku hanya terdiam,
Tanpa kau sedari,
Kau telah menyakiti hatiku,
Betapa sakitnya hatiku,
Wahai sahabatku,
Andai kau... aku,,
Adakah kau merasakannya ???