Sunday, October 28, 2012

5 TIPS UNTUK SELAMATKAN HUBUNGAN CINTA YANG MULAI RETAK !

Dalam percintaan juga tidak terkecuali, tetapi
janganlah terus berputus asa. Kita harus mencari
jalan penyelesaiannya.




Jika hubungan cinta anda mulai retak tetapi anda
masih sayangkan kekasih anda, anda cubalah 5 tips
di bawah ini:

1. Ketika hubungan anda berdua seperti retak, anda
jangan sesekali bertindak seolah–olah anda ingin
meninggalkan dia. Jika anda masih sayang,
tunjukkan dia bahawa anda masih sayang pada dia.

Jika anda merajuk dan dia juga merajuk, hubungan
anda berdua pasti akan berakhir. Seseorang perlu
berkorban dan jika anda sayangkan dia, anda perlu
berkorban perasaan merajuk anda dan mula
memujuk dia.

2. Jika anda mahu selamatkan hubungan anda berdua,
anda perlu buka ruang untuk berkomunikasi. Selagi
ada komunikasi antara anda berdua, hubungan anda
berdua pasti ada peluang untuk diperbaiki.

3. Anda perlu faham bahawa hubungan cinta perlukan
usaha untuk menjayakannya. Antara usaha yang boleh
anda buat adalah buang ego, menyayangi dia dengan
lebih baik, hormat dia dan lakukan apa sahaja
untuk menyelamatkan hubungan anda berdua.

4. Jika anda perasaan, pasangan anda juga ada
perasaaan. Apa yang dia rasa mungkin berbeza
dengan anda. Anda boleh selamatkan hubungan anda
dengannya jika anda mula bekerja untuk memahami
perasaan dia. Fahami perasaan dia dan berikan
apa yang dia mahu.

5. Tips terakhir adalah jangan fikir susah. Anda
perlu berfikir positif jika anda mahu
menyelamatkan hubungan cinta anda berdua.

Semoga anda bermanfaat dengan yang saya kongsikan ini..
^_^

Thursday, October 25, 2012

4 Cara Untuk Buatkan Seorang Lelaki Mencintai Wanita!

Saya berkongsikan 4 cara untuk buatkan lelaki lebih mencintai
wanita:

Pertama: Berhenti jual mahal.

Untuk membuatkan lelaki yang anda sayang terpikat dengan anda,
anda perlu berhenti jual mahal dan beri dia ruang untuk hampiri
anda. Lelaki selalunya akan mula jauhi wanita yang selalu jual
mahal.

Ada juga yang tidak pernah putus asa tetapi dia akan mula jauhi
anda apabila dia terjumpa wanita yang boleh menerima dia.
Berikan dia peluang untuk buktikan cinta dia terhadap anda.


Kedua: Jangan terlalu berharap memiliki lelaki yang sempurna.

Lelaki yang sempurna tidak wujud tetapi anda boleh wujudkan
lelaki sempurna untuk diri anda. Anda boleh bantu lelaki yang
anda suka untuk jadi lelaki sempurna buat diri anda. Dari sini,
anda akan dapat cinta yang suci dari pasangan anda.


Ketiga: Sentiasa menjaga penampilan diri.

Apabila anda jaga penampilan diri dari segi pakaian dan tutur
kata, lelaki akan hormat pada diri anda. Seterusnya lelaki akan
mula berminat untuk hampiri anda dan berikan anda cinta yang
ikhlas. Jika anda bersihkan diri dan hati anda, anda pasti akan
terima cinta yang suci dari seorang lelaki.


Keempat: Berikan peluang pada setiap lelaki yang ingin hampiri anda.

Apabila ada lelaki yang ingin hampiri diri anda, berikan dia
peluang untuk kenali diri anda. Saya pasti, akhirnya anda akan
dapat menemui cinta sejati dari lelaki yang benar–benar ikhlas
ingin menjaga dan mencintai diri anda.


Sekian dulu perkongsian dari saya. Selamat Beramal :)

Monday, October 22, 2012

Cara terbaik untuk berkata I love U...?

Hari ni yang nak berkongsi pula dengan korang tentang
bagaimana cara terbaik untuk berkata I love U...


I love U adalah ungkapan cinta yang paling banyak
digunakan untuk mengekspresikan rasa cinta pada
sang kekasih. Namun, ungkapan ini tidak boleh
diucap sebegitu sahaja kerana ia adalah ungkapan
penuh dengan emosi kasih sayang dan cinta.

Berikut adalah beberapa cara untuk berkata I love U:

1. Mulakan bersembang dengan pasangan anda. Kemudian,
anda bawa topik perbualan kepada perkara yang boleh
membuatkan mood dia tenang.

Apabila dia tenang dan anda dapat rasakan dia sayang
pada anda, anda ucapkan kata I love U dengan segera.
Dia pasti akan terkejut dan mula memberi tindak
balas positif.


2. Anda senyap dan biarkan dia bercerita apa yang
dia mahu. Anda dengar apa yang dia sampaikan dengan
kasih sayang. Kemudian, apabila perasaan kasih sayang
anda sampai kemuncak, anda senyapkan dia dan pandang
tepat pada matanya serta sebut I love U.


3. Selain gunakan mulut, anda juga boleh luahkan
perkataan I love U melalui perbuatan. Korbankan apa
yang perlu untuk bahagiakan dia juga salah satu
cara untuk anda berkata I love U. Anda luahkan kata
cinta melalui sekecil – kecil perbuatan hingga
sebesar – besar perbuatan.


4. Ungkapkan kata I love U ketika anda sedang bergurau
senda dengan dia juga adalah masa yang tepat juga. Ini
kerana, mood anda berdua lebih terbuka untuk menerima
apa yang ingin disampaikan pasangan.

Semoga bermanfaat.

Saturday, October 20, 2012

Wajah Ku Yang Comey ~ cehhhhh..

Jelingan manja


bulu mata palsu VS Bulu mata ori


pewittt~~


Natural Face TANPA makeup


Comey x ??

^____^

Ini ler anak-anak peneman Lulu time sedih.. Teman Lulu tuk meluahkan perasaan..
love Tbear..

Gelora Yang Melanda

====================================================================
Kata2 akan aku bawa walaupun aku masuk samada surga atau neraka,,
” mak, saat ini, mulai ini aku benci mak selama2nya”..” macam ayam
berkokok nak betelur”.. “ aku benci kamu semua”.. “muka macam babi”..

~Disaat kau lemah,ku pimpin tanganmu, saat kau memerlukan, ku jaga tidurmu,
kerana tiada siapa dalam hidupku, kerana kau pertama dan terakhir adalah
keluargaku, ikatanku, dan kerana kau kakak ku.. aku berserah… dengan
kata-kata kau padaku, pada aba dan juga mak. Aku hanya ada kau seorang..
aku terluka kau menghancurkan hati mak.. sedikit pun kau tak pernah merasakan perasaan hati mak.. apabila mak mengalirkan airmata..di depan kau dan aku..
apa yang kau lakukan dimataku, aku hanya mampu berkata “ Inikah suratan
yang KAU dan TIKET kepada keluarga ku?”.. Bagiku semuanya bagaikan mimpi.. Kata-kata mak apabila menghempap tangan di dinding lalu menangis..
“Akan aku sumpah dan dapat balasan atas perbuatan awak pada mak”.. ~
Aku hanya mampu menahan sebak walaupun aku bertahan untuk tidak mengalirkan airmata..

~Mimpi menjadi kenyataan~ disaat ia berlaku aku hanya kaku membisik padaNYA..~
Haleluiyaaa… Puji Tuhan..RIB Tuhan nyukung aku bediri…
======================================================================
3/04/2012 penderitaan 21 tahun hidup susah senang bersama kini semuanya aku kehilangan… Aku ingin melihat sejauh mana kaw bahagia dan tenteram. Bagi kaw perasaan kawan yang kaw kenal hanya beberapa bulan lebih penting berbandingan
dengan keluarga yang hidup susah dan senang selama berpuluh tahun. 1 hari nanti jangan kaw berpaling padaku ketika kaw disaat memerlukan !
Mimpi aku menjadi kenyataan !! kini aku takut akan MIMPI !!

19/10/2012
Dalam seharian aku melayan customer di kedai.. 1 calling dari mak.
“ hello, lulu ! Cepat balik rumah ! Papa call tadi suruh kita pergi Klinik
sekarang” #$%^%^%*%*&(*^&*%*^&)*&^*%^ sakit lagi, ada sesuatu ! Lulu ada
berapa duit yang ada? “ Aku pun terkejut… “ duit?? Adalah sikit.. mak ada ?”
Mak ada RM200 jer.Aku pun tergesa-gesa balik ke rumah tepat pukul 1.30pm.
Aku terus pergi ke pekan untuk mengeluarkan duit. Rm400 aku keluarkan.
Sampai saja aku di rumah, tiba-tiba mak kata Cancel saja pergi Klinik !
Perasaan aku saat itu.. aku terasa &%^$&^$%^.. “lain kali jangan kol aku !!
nanti dah tenat baru akul ! Dalam hati aku tak ingin balik ! tapi aku
memikirkan Dia satu2nya yang aku ada..walupun Dia pernah menyakiti hati
aku yang tidak dapat aku lupakan “ Bukan bermaksud aku ”meyumpah”. Kalau
aku berkira dengan perbuatan Dia padaku, aku tak akan menolong Dia ! Tapi
kerana darah kita tetap sama.


20/10/2012
Hari ini semua nya berjalan dengan lancar.. “Semoga hati kau akan terus
terbuka.. Jangan lah kau menganggap semua perkara itu mudah, kerana disaat kau rebah.. tiada siapa disisimu..” Semoga Tuhan mengiringi jalanmu.. Aku terlalu
letih menjaga mu sampaikan hal aku sendiri aku kebelakangkan.. Aku juga mempunyai hal yang belum aku selesaikan..
Hari ini aku berterus terang padamu.. sekarang kau fikir dan lakukan apa yang aku katakan~~
Pesanan terakhir aku buatMu “ sekarang kau sudah tahu siapa yang penting dalam hidup kau, dan kau tahu siapa yang yang tidak penting bagi kau “ & sekarang kau sedar siapa DIA yang sebenarnya!!” Disaat aku berkata sebegitu,kau mengalirkan air mata. Tiada gunanya kau menangis kerana disaat kami menangis tiada kau endahkan..
*Apa yang kau lakukan selama ini tanpa kau sedar.. kerana hati kau telah dikunci oleh ilmu J****K!
”1 perkara hal belum selesai ! Aku tunggu kematian Jantan sial !!” Sekarang kau berpenyakit ! bergantung pada $%%I%&O&%$##^*(*&&^ ! Aku tau kau seorang PENYANYI ! tapi kau main tektik kotor. Kau guna ilmu2, bomoh.. kalau tiada balasan aku terhadap kau tapi balasan kau diakhirat !!








Friday, October 19, 2012

Cinta Sejati akan hadir tanpa diduga???

Banyak kisah yang terjadi apabila seseorang itu
ingat takdirnya adalah bersama dengan si dia,
namun akhirnya bersama dengan orang lain.

Cinta sejati akan hadir pada keadaan yang tak
pernah kita duga dan kadangkala ia membuatkan
kita rasa sukar untuk meneruskan hidup.


Jika anda miskin, anda mungkin akan dapat cinta
dari orang kaya. Jika anda kaya, anda mungkin
akan jatuh cinta pada orang yang miskin. Jika
anda hodoh, anda mungkin akan dapat cinta dari
orang yang cantik atau kacak.


Cinta adalah perkara yang sukar untuk di ramal.
Setiap manusia mempunyai keiginan mereka yang
tersendiri. Hati akan sentiasa mencari jalan
untuk melunaskan keinginan yang berbuku di dalam
hati.

Di sebabkan itu, apabila anda terjumpa dengan
seseorang yang berjaya memenuhi semua keinginan
di hati anda, anda akan jatuh cinta pada orang
tersebut secara tidak sengaja.


Cinta sejati tidak perlu di pupuk atau berpura
– pura kerana ia menguasai hati anda secara
menyeluruh dengan cepat. Cinta sejati boleh di
peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah
satu kuasa yang misteri.

Anda boleh jatuh cinta pada sahabat baik anda.
Anda boleh jatuh cinta pada orang yang anda
tidak kenal. Anda boleh jatuh cinta pada orang
yang selalu anda jumpa.


Oleh kerana cinta sejati boleh hadir dengan tiba
– tiba, janganlah anda menerima cinta dari
seseorang yang anda rasa tidak boleh memberi
anda cinta sejati.

Kelak anda akan rasa menyesal nanti kerana
terpaksa memlih antara dua. Akhir sekali, cinta
sejati adalah cinta yang lahir dari hati yang
suci & murni.

semoga bermanfaat buat follower khususnya..

Tuesday, October 16, 2012

12 Tanda Anda Sedang Di Lamun Cinta ~

Jadi disini saya kongsikan 12 simptom2 mereka
yang sedang di lamun cinta.

1. Anda rasa anda seperti kenal dia sudah lama,
padahal anda baru sahaja kenal akan dia. Anda
dapatkan rasa keserasian yang timbul antara anda
dan dia. Anda rasa begini kerana anda tertarik
sepenuhnya pada dia.


2. Anda mula dahagakan senyuman dari si dia.


3. Anda boleh bekerjasama dengan dia dan anda
juga sedia bekorban untuk memastikan kerjasama
itu berlaku.


4. Anda berdua mempunyai rasa yang sama iaitu
mempunyai minat yang sama dan secara perlahan
– lahan, anda mula luahkan apa yang anda rasa
kepada dia.


5. Anda sentiasa teringatkan dia. Bahkan segala
perkara yang anda lakukan, anda kaitkan dengan
dia.


6. Anda hanya nampak sifat baik dia sahaja.
Walaupun anda tahu dia ada sikap jahat, anda
menolak sikap jahat tersebut dan sedia menerima
dia seadanya.


7. Anda rasa tenang dan rasa lebih yakin apabila
bersama dengan dia.


8. Anda mula ketagih untuk luangkan masa bersama
– sama dengan dia. Walaupun anda sibuk, anda
tetap cuba mencari masa.


9. Tiba – tiba sahaja anda minat untuk dengar
lagu cinta.


10. Anda mula membayangkan masa hadapan anda
berdua sebagai pasangan hidup. Malah anda juga
mula merencana pelbagai aktiviti untuk dilakukan
bersama – sama.


11. Anda mula rasa sayang teramat pada dia.


12. Anda mula berkongsi perkara yang berlaku
dalam hidup anda dengannya..


Jika anda ada mengalami tanda2 seperti di atas
tu, memang benarlah anda memang sedang angau
dilamun cinta...

Cinta yang murni itu, lahir dari hati yang suci :)


Semoga bermanfaat..
Khas buat follower Lulu..
=)

Monday, October 8, 2012

Adakah Dia Benar-benar Menyintaiku??

Wowww bagaimana dengan tajuk yang saya pilih kali ini?
Menarik or tertarik ? :-)


Membuat keputusan paling besar dalam hidup semestinya
sesuatu yang sukar. Dalam memilih pasangan hidup juga,
kita perlu sentiasa reda dengan ketentuanNya disamping
mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan.
Namun begitu, dalam melalui hari-hari yang mendatang,
pasti sedikit sebanyak timbul keraguan.


"Adakah dia benar-benar mencintaiku?". Persoalan sebegini
mungkin bermain di benak fikiran dan sentiasa berkata-kata
di dalam hati walaupun si dia telah menjadi teman hidup kita yang sah.


Dalam hal ini, harus di akui bahawa setiap individu
mempunyai cara berbeza dalam menyampaikan isi hati.


Ada yang suka berterus-terang melalui kata-kata. Ada yang
membuktikannya melalui perbuatan atau perilaku. Dan ada
pula yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.


Kumpulan yang ketiga inilah yang selalunya mengakibatkan
pasangannya berkecil hati atau terasa seperti tidak
dihargai sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.


Berikut adalah perkara-perkara yang perlu kita tahu
tentang sesuatu yang tidak diduga:

1. Orang yang mencintai kita tidak perlu memberikan
alasan punca dia mencintai kita. Yang dia tahu, di mata
dia, kita lah satu-satunya....woww

2. Orang yang mencintai kita mungkin jarang memberikan
pujian, tetapi didalam hatinya kita adalah yang terbaik
dan hanya dia sahaja yang tahu....bestnyerrrr

3. Orang yang mencintai kita mungkin akan marah atau
mengeluh jika kita tidak membalas pesanan atau
panggilannya kerana dia ambil berat dan tidak ingin sesuatu
yang buruk terjadi pada kita.

4. Orang yang mencintai kita hanya menjatuhkan air
matanya di hadapan kita. Ketika kita cuba untuk
menghapuskan air matanya, kita telah menyentuh hatinya
dan hatinya selalu berdegup untuk kita.....sayunyaaa

5. Orang yang mencintai kita akan mengingat setiap kata
yang kita ucapkan, bahkan juga yang tidak disengajakan
dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada
waktunya....wowww

6. Orang yang mencintai kita tidak akan memberikan
janji apa pun dengan mudah kerana dia tidak mahu
mengingkari janjinya. Dia ingin kita mempercayainya dan
dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat
selamanya.....romantis nyerrrr

7. Orang yang mencintai kita mungkin tidak mengingati
tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun lulu
tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap
mencintai lulu.... bestnyerrr

8. Orang yang mencintai kita mungkin tidak mahu
melafazkan 'aku mencintaimu' dengan begitu mudah kerana
segala yang dia lakukan untuk kita melalui perbuatan
adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya
mencintai kita......TQqqqqq

9. Orang yang mencintai kita selalunya berusaha
membuatkan kita tersenyum dan tertawa walaupun
kadangkala caranya membingungkan.....betul tu!

10. Orang yang benar-benar mencintai kita akan membalut
hati kita yang pernah terluka dan menjaganya dengan
setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan
kita apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa
menyakiti hatinya sendiri.....beruntungnya


Jika si dia yang merupakan teman hidup kita & tergolong
dalam golongan mereka yang tidak pandai berkata-kata
tentang sejauh mana dia menyintai kita, maka terimalah
dia seadanya. Bersyukurlah kerana dia kini telahpun
menjadi milikmu.....

sekian.. =)
lulu..