Monday, October 22, 2012

Cara terbaik untuk berkata I love U...?

Hari ni yang nak berkongsi pula dengan korang tentang
bagaimana cara terbaik untuk berkata I love U...


I love U adalah ungkapan cinta yang paling banyak
digunakan untuk mengekspresikan rasa cinta pada
sang kekasih. Namun, ungkapan ini tidak boleh
diucap sebegitu sahaja kerana ia adalah ungkapan
penuh dengan emosi kasih sayang dan cinta.

Berikut adalah beberapa cara untuk berkata I love U:

1. Mulakan bersembang dengan pasangan anda. Kemudian,
anda bawa topik perbualan kepada perkara yang boleh
membuatkan mood dia tenang.

Apabila dia tenang dan anda dapat rasakan dia sayang
pada anda, anda ucapkan kata I love U dengan segera.
Dia pasti akan terkejut dan mula memberi tindak
balas positif.


2. Anda senyap dan biarkan dia bercerita apa yang
dia mahu. Anda dengar apa yang dia sampaikan dengan
kasih sayang. Kemudian, apabila perasaan kasih sayang
anda sampai kemuncak, anda senyapkan dia dan pandang
tepat pada matanya serta sebut I love U.


3. Selain gunakan mulut, anda juga boleh luahkan
perkataan I love U melalui perbuatan. Korbankan apa
yang perlu untuk bahagiakan dia juga salah satu
cara untuk anda berkata I love U. Anda luahkan kata
cinta melalui sekecil – kecil perbuatan hingga
sebesar – besar perbuatan.


4. Ungkapkan kata I love U ketika anda sedang bergurau
senda dengan dia juga adalah masa yang tepat juga. Ini
kerana, mood anda berdua lebih terbuka untuk menerima
apa yang ingin disampaikan pasangan.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment