Tentang perasaanKU ^_^

Monday, October 8, 2012

Adakah Dia Benar-benar Menyintaiku??

Wowww bagaimana dengan tajuk yang saya pilih kali ini?
Menarik or tertarik ? :-)


Membuat keputusan paling besar dalam hidup semestinya
sesuatu yang sukar. Dalam memilih pasangan hidup juga,
kita perlu sentiasa reda dengan ketentuanNya disamping
mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan.
Namun begitu, dalam melalui hari-hari yang mendatang,
pasti sedikit sebanyak timbul keraguan.


"Adakah dia benar-benar mencintaiku?". Persoalan sebegini
mungkin bermain di benak fikiran dan sentiasa berkata-kata
di dalam hati walaupun si dia telah menjadi teman hidup kita yang sah.


Dalam hal ini, harus di akui bahawa setiap individu
mempunyai cara berbeza dalam menyampaikan isi hati.


Ada yang suka berterus-terang melalui kata-kata. Ada yang
membuktikannya melalui perbuatan atau perilaku. Dan ada
pula yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.


Kumpulan yang ketiga inilah yang selalunya mengakibatkan
pasangannya berkecil hati atau terasa seperti tidak
dihargai sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.


Berikut adalah perkara-perkara yang perlu kita tahu
tentang sesuatu yang tidak diduga:

1. Orang yang mencintai kita tidak perlu memberikan
alasan punca dia mencintai kita. Yang dia tahu, di mata
dia, kita lah satu-satunya....woww

2. Orang yang mencintai kita mungkin jarang memberikan
pujian, tetapi didalam hatinya kita adalah yang terbaik
dan hanya dia sahaja yang tahu....bestnyerrrr

3. Orang yang mencintai kita mungkin akan marah atau
mengeluh jika kita tidak membalas pesanan atau
panggilannya kerana dia ambil berat dan tidak ingin sesuatu
yang buruk terjadi pada kita.

4. Orang yang mencintai kita hanya menjatuhkan air
matanya di hadapan kita. Ketika kita cuba untuk
menghapuskan air matanya, kita telah menyentuh hatinya
dan hatinya selalu berdegup untuk kita.....sayunyaaa

5. Orang yang mencintai kita akan mengingat setiap kata
yang kita ucapkan, bahkan juga yang tidak disengajakan
dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada
waktunya....wowww

6. Orang yang mencintai kita tidak akan memberikan
janji apa pun dengan mudah kerana dia tidak mahu
mengingkari janjinya. Dia ingin kita mempercayainya dan
dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat
selamanya.....romantis nyerrrr

7. Orang yang mencintai kita mungkin tidak mengingati
tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun lulu
tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap
mencintai lulu.... bestnyerrr

8. Orang yang mencintai kita mungkin tidak mahu
melafazkan 'aku mencintaimu' dengan begitu mudah kerana
segala yang dia lakukan untuk kita melalui perbuatan
adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya
mencintai kita......TQqqqqq

9. Orang yang mencintai kita selalunya berusaha
membuatkan kita tersenyum dan tertawa walaupun
kadangkala caranya membingungkan.....betul tu!

10. Orang yang benar-benar mencintai kita akan membalut
hati kita yang pernah terluka dan menjaganya dengan
setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan
kita apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa
menyakiti hatinya sendiri.....beruntungnya


Jika si dia yang merupakan teman hidup kita & tergolong
dalam golongan mereka yang tidak pandai berkata-kata
tentang sejauh mana dia menyintai kita, maka terimalah
dia seadanya. Bersyukurlah kerana dia kini telahpun
menjadi milikmu.....

sekian.. =)
lulu..

No comments:

Post a Comment