Tentang perasaanKU ^_^

Monday, March 21, 2011

Peristiwa Dalam Bus Mara

Dalam kesibukan hari aku yang membosankan, aku tergerak hati nak pergi ke pasar Tanjung Malim. Kononnya nak pergi ke pasar malam tetapi terlintas difikiran aku yang aku pernah tempah sebentuk cincin di kedai silver. Aku pun bersiap untuk pergi ke TM. Jam menunjukkan pukul 2.30 petang, aku tergesa-gesa menuju bus stop di hadapan SMK. Dari pandangan jauh aku melihat sekumpulan lelaki yang sedang menunggu di bus stop. Aku berasa segan kerana semuanya lelaki. Aku pun terus berteduh di bawah sepohon pokok yang agak besar. Belum sampai 2 minit aku menunggu bus, akhirnya Bus Mara sampai. Bus Mara berhenti tepat di hadapan aku. Aku tersenyum lebar lalu menaiki bus. Aku memandang disetiap sudut kerusi bus dan tempat duduk dihadapan sudah pun penuh lalu aku terus menuju ke tempat duduk belakang. Kumpulan tadi juga tercari-cari tempat duduk dan mereka terus menuju ke tempat duduk yang paling belakang. Seorang kawan daripada mereka menoleh kiri kanan kerana ada dua tempat duduk iaitu disebelah aku dan disebelah kawannya. Akhirnya dia pun duduk disebelah aku. Aku pun berasa tidak selesa. Tidak lama kemudian, Mak Cik yang memotong tiket menuju ke belakang.

Mak Cik: Pergi mana?

SL: pergi TM.. berapa?

Mak Cik: RM2.2O.. semua ni dari mana? Sabah?

SL: Ya, Sabah.

Mak Cik : Amoi,,! Mau pergi mana?

Said sebelah aku: Amoi??? Amoi??Amoi??

Aku: Pergi TM, Mak Cik.

Aku pun menghulurkan RM10.00 kepada Mak Cik. Lalu Mak Cik menjawap,, aiyooo amai! Duit kecil tak ada. Nanti sekejap a,,

Aku: Ok..

Said sebelah aku: Amoi??

Aku: Ye,,?

Said sebelah aku: Tak ada apa- apa (tersengeh-sengeh)

Mak Cik: Amoi! Ini balance,, ada dua kupang (RM0.20) ?

Aku: tak ada la Mak Cik,,

Saidsebelah aku: kejap- kejap Mak Cik, saya ada,, nahhh?

Mak Cik: Amoi,, balance RM8.00.

Aku: Terima kasih Mak Cik. (senyum)

Mak Cik: Sama-sama.

Aku: Ehh,,, terima kasih dua kupang tadi.. Jap ye,,"aku pun membelek dompet aku,, " Nah, ganti duit syiling tadi,,

Saidsebelah aku: tak apa,,,

Aku: ambil lah,,

Said sebelah aku: tak apa, saya ikhlas..

Aku: Thank ya,,

Said sebelah aku: Sama-sama,,

Aku: Tersenyum,

Said sebelah aku: Sekolah lagi?? Tahun berapa?

Kawan2 L: Wey Said! Gatal,, (gelak)

Aku: Ye,, STPM,, Tahun 1 (Lower six)

Said sebelah aku: Awak cina?

Aku: Ye,, Cina,, Awak??

Saidsebelah aku: Awak tak macam cina pun, cara awak cakap tak pelat,, Saya Melayu campur Bajau..

Saidsebelah aku: Ermmm awak orang sini ke? dah lama tinggal kat sini?

Aku: Bukan! Saya orang JB,, baru 5 tahun.

Said sebelah aku: JB??

Aku: Ye,, Batu Pahat,, Awak pula?

Saidsebelah aku: Saya orang Sabah, saya prektikel dekat sini.

Aku: Prektikel dekat mana? Tahun berapa?

L sebelah aku: Tuuu,,, prektikel dekat Hospital SR.. Tahun 2 (Diploma)

Aku: OWh,,, bagus la,,, (senyum)


Said sebelah aku: Dari tadi kita bersembang tapi tak tahu nama masing-masing,, (tersengeh2)

Aku: Tersenyum,

Said sebelah aku: "menanyakan soalan yang sama",,

Aku: Panggil je Lulu,, Awak?

Said sebelah aku: Nama saya pelik sikit,, M. Said..

Aku: ok,,,

Said sebelah aku: Saya nak tanya sesuatu ni? Tapi takut awak marah..

Aku: Tanya apa? Tanya lah,,

Said sebelah aku: Pe no hp awak?

Aku: menukar Topik..(tErdiam)

Said sebelah aku: Tersengeh2..



Aku dan Said bersama-sama menghulurkan hp masing-masing. Masing-masing melihat sesama sendiri.

Aduhai! Hp sama pula tu,, model sama, laen pun sama(celcom).

Aku: 019-------

Said sebelah aku: 019------

Aku: Terdiam sebentar sambil menahan gelak.

Said sebelah aku: Terdiam kaku sambil menahan rasa malu dan gelak,

Akhirnya sampai di Stesen Bus TM. L mengucapkan "Nice 2 meet u" (masih menahan gelak).
Aku pun terus gelak seseorang sejurus L keluar dari bus. Salah seorang kawan L masih berada di belakang aku, aku pun toleh ke belakang. Then AKu buat DEK jer,
Aku pun turun dari bus lalu aku menuju ke Kedai Silver. Setelah aku mengambil sebentuk cincin yang aku tempah. Aku pun pergi ke pasar malam.. Aku membeli keropok kegemaran aku iaitu keropok lekor. Aku pun menuju ke Stesen Bus TM,, 5 minit kemudian aku pun naik bus Mara yang aku tumpang tadi. Aku pun duduk dihadapan sekali..sambil menunggu bus bergerak,, aku pun mendengar Mp3 ditelinga sambil mataku melihat gelagat orang di sekeliling Stesen Bus. Mataku tertumpu ke arah mereka (Said & da geng). Aku pun buat2 tak nampak mereka naik ke dalam bas. Aku sepintas lalu menoleh kebelakang "mereka duduk tempat paling hujung".
Tiba-tiba mesej hp aku berbunyi.. aku pun melihat mesej yang dihantar"hii awak",, aku pun membalas,, siapa ni??

Said: Ni saya la,, Said,,
Aku: ow,,, awak rupa nya,,
Said: Sombong nya tak pandang kita naik,,,
Aku: Eh! sorry la,, saya tak perasan tadi..
Said: k,,, Tak apa ke saya mesej awk,,?
Aku: kenapa? tak apa,,,
Said: mana tau nanti pakwe awak marah,,
Aku: Mana ada pakwe,,
Said: ok,,

Dalam perjalanan balik ke Slim, hujan mula turun dengan lebat nya. Setibanya sampai aku terus turun dari bus bus stop. Hujan semakin lebat. Tanpa berlengah, aku pun pergi ke bangunan MCA. Said pun mengekori belakang aku. Said berdiri disebalah aku.
Said: Awak,awak tak balik lagi?
Aku: Tak,, kan hujan,, tunggu hujan reda baru balik.
Said:  OKlah  awak,, saya nak pergi sana dulu,,bye,,
Aku: ok,, bye,,

Aku mendongakkan kepala sambil memerhatikan awam yang kelabu. Hujan semakin lebat. Petir pula sambar menyambar. Aku ketakutan. Tiba-tiba hp aku berbunyi. Aku membuka mesej kiriman dari Said.."awak, awak balik lagi? Rumah awak dekat mana?",, Aku pun membalas mesej dari Said,,"Tak lagi la awak,,  kejap lagi. Rumah saya dekat belakang tu je".  Aku pun memutuskan untuk terus balik ke rumah, tanpa menghiraukan hujan yang lebat. Aku berasa seronok kerana sudah bertahun lamanya aku tidak main air hujan. Aku teringatkan masa kecil aku sering main air hujan dan dimarahi emak. Ingin sekali aku kembali ke zaman kanak-kanak. Aku sampai di rumah dengan basah kujupnya. Tetapi setibanya aku sampai di rumah, hujan pula reda (renyai-renyai).
Keesokan harinya, aku dan Said saling berhubung melalui telefon sampailah sekarang. Kami menjalinkan hubungan sebagai kawan.

CONT......

Create 21/10/2012
Setahun perkenalan aku dan MSN, selama setahun juga kami tidak pernah berjumpa setelah Dia tamat latihan praktikal di Hospital Slim River. Ketika itu aku sudah pun tamat persekolahan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Aku meminta izin kedua-dua orang tua untuk melepaskan aku pergi kerja. Mereka tidak mengizinkan aku bekerja melainkan mereka mahu aku duduk sahaja di rumah.
Selepas aku cuba memujuk berulang kali, akhirnya mama dan papa mengizinkan aku berkerja. Aku mula bekerja di sebuah pasaraya besar. Kerja aku sebagai cashier. Disebabkan rumah aku agak jauh dari tempat aku bekerja, aku terpaksa tinggal di Hostel dimana hostel disediakan oleh majikan. Dari situ aku mula berdikari tanpa bergantung dengan keluarga. Aku merasakan kesunyian tanpa mama, papa dan akak disisi.

Aku menangis. Satu minggu aku tidak ada selera untuk makan. Kerja aku tidur, kerja dan balik kerja. Lama kelamaan baru aku dapat sesuaikan diri. Selepas 3 bulan aku bekerja, orang yang tidak sepatutnya muncul,muncul kembali iaitu MSN. Jam menunjukkan pukul 2.35 pm. Dia menghantar pesanan ringkas(SMS) “ awak, sihat? Sa rindu awak. Sa mau jumpa awak,sa ada masalah sekarang nie.. nangis wak..”
Aku pun berasa tidak selesa.

Kebetulan pada hari tu aku cuti rehat,aku kurang sihat dengan menahan sakit. Aku pun membuka SMS,sebelum aku buka, aku bertanya pada diri “ pe lagi Dia mau nie?” “lulu, sa mau jumpa, pleaseeeee… sa de masalah besar.. sa tak de duit sekarang ni.. tinggal beberapa je ada..kita jumpa ya, petang nie Sa pergi Tanjung Malim kita jumpa ya? Sa perlukan lulu. ”

Aku membalas” petang ni??? awak,, awak kan tau saya macam mane, sekarang dah lewat petang. Esok saya kena kerja sebab lusa saya cuti 2 hari balik kampung meraikan Chinese New Years. Awak de mslah pe sebenarnya? Kalau petang ni awak datang pergi Tanjung Malim, agak-agak kul berapa awak sampai sini?
“Sa dah tak de apa-apa dah sekarang, nanti jumpa sa ceritakan semuanya ya sayang..sekejap lagi sya beli tiket KTM, kul 7 ada sampai nt..sa pergi jumpa awak,,kita jumpa..”. Aku pun terdiam. Aku menuju ke jendela, aku melihat hujan renyai-renyai, keadaan jalan raya agak sesak. Apa tidaknya raya Tahun Baru Cina 3 hari lagi.

Aku merasakan aku juga rindu akan Dia tapi aku abaikan perasaan aku. Apa yang penting aku aku cuba untuk menolong Dia sedaya upaya,selagi aku mampu. Aku pun baring di katil, selepas kemas bilik. Rakan serumah semua nya bekerja tinggallah aku seorang. Aku mendengar mp3 lagu Rindu serindunya sambil aku menghantar pesanan ringkas (SMS) “awak da kat mane skrang? Da sampai mane? “Sa msh kt kl sentral,awak tunggu sa ya. Sekejap lagi sa naik kereta api”

Sebelum aku keluar, aku memastikan semua bilik kemas. Jam kul 4.30 petang,aku menunggu bus di bus stop. Hujan turun renyai-renyai, aku pun patah balik untuk mengambil payung. Keadaan jalan raya menuju ke Slim River agak sesak. Aku berfikir “kalau macam nie bila aku nak sampai kat Tanjung Malim nie?” Tiga orang mamat Indon juga sedang menunggu bus. Salah seorang daripada mereka duduk di sebelah aku. Aku berasa kurang selesa kerana asyik sahaja memandang aku. Aku pun beredar dan berdiri di tepi, aku rasa mahu BOMMMM jer mamat tu… sakai! Tak pernah tengok orang pe?” hehe.. Aku sabar menunggu bas.

Dari jauh bus kelihatan, jam sudah pukul 5 petang. Bus pendek sampai, adoi! Sudah lah aku pantang naik bus pendek. Apa tidaknya.. naik saja kepala pening, servis pun kurang~. Setengah jam kemudian aku sampai di KTM Tanjung Malim. Aku melihat sekeliling, aku terus menuju ke kuanter tiket. “Miss, tumpang tanya, kereta api seterusnya sampai terminal sini pukul barapa? Ujar aku kepada Miss tersebut.. “ kereta api seterusnya sampai dalam pukul 7.15 malam”. Aku pun beredar.
Seorang Pak Cik melayu dari atas ke bawah tengok aku.Aku pun senyum. Pak cik itu bertanya” adik ni melayu ke cina??” Aku terngaga.” Pandai berbahasa Melayu, fasih! Kalau tengok muka terkejut Pak Cik”. Ujar Pak Cik tersebut.. Tanpa menjawap pertanyaan Pak Cik, aku hanya tersenyum lalu beredar dari kuanter. Aku terus duduk di tempat menunggu. Keadaan sekeliling waktu itu agak sunyi lalu aku menangkap gambar sambil mendengar mp3 bagi menghilangkan rasa bosan menunggu.

“Awak kat mane dah nie? Sa dah ada kat KTM nie..lame nyer .. Sa takut bha.. malam sudah”. Aku menghantar SMS kepada MSN. Dia membalas SMS “ Sa, de kat dalam kerata api bha.. sekejap lagi Sa sampai juga bha. Lulu tunggu jak Sa sampai k. Sa rindu Lulu. Nanti Sa cerita kat Lulu “.
Aku melihat kiri dan kanan, keadaan menjadi riuh rendah apabila budak-budak kecil berlari berkejaran. Ada juga satu keluarga sedang menunggu. Mungkin menunggu kedatangan anak, atau saudara.

Kereta api kelihatan, berhenti tepat dimana aku menunggu. Aku berasa gementar. Aku memerhatikan ruang pintu kereta api yang terbuka. Ramai yang keluar, tapi tidak juga aku melihat kelibat MSN. Tiba-tiba panggilan telefon berbunyi.

“Hello, awak kat mana bha ni? Sa dah sampai nie.? Ujar MSN. “Sa ada kat ruang menunggu sebelah kanan bha, awak naik tangga tu, nanti awak nampak la Sa k?”. Kelibat Dia kelibatan menuruni tangga. Aku pun berselindung di sisi pintu ruang menunggu. Dia terus menuju pintu keluar, aku pun terus pergi ke pintu keluar. Dalam keadaan sesak, ramai orang. Aku dan Dia mendekati antara satu sama lain.
Dia berdiri dihadapan aku, dan aku pun berdiri dihadapan Dia. Masing-masing melihat antara satu sama lain. Entah apa didalam fikiran Dia. Dia asyik melihat mata aku, dengan membuka dakapannya dengan menyandang beg besar yang dibawanya. Dengan memakai pula baju T dan berseluar pendek. Ingin aku memeluk Dia. Aku tersipu malu.

Dia mengatakan bahawa Dia amat merindui diriku. “Awak dah lain bha sekarang”. Sihat?”.
“Ishhhhh! Pe niee.. tak malu ke orang ramai tu..?” Ujar aku kepadanya. “Meh la sini, nak peluk bha. Rindu tau. Berapa lama kita indak jumpa nie. Lama bha”. Hmm.. “Meh beg Sa tolong bawa. Jom la. Da lewat da nie.. mo ikut jalan mana nie?” kita ikut jalan nie saja bha”. kata aku kepadanya. “Tak payah, Sa boleh bawak, awak tu perempuan”. Aku terkedu. Dalam fikiran aku “laaa.. ishhh! Ingat aku perempuan tak boleh nak bawak beg besar pe!” Huhu.. Kami pun berjalan sambil bersembang-sembang.
“Awak jauh beza dari yang dulu. Jaga-jaga jalan tu,, kerata laju bha.”. Sembang punya sembang. Dah dekat dengan jejantas. “Waa… nak naik jejantas lagi nie? Letih ! dah la tadi naik kereta api, Sa berdiri. Ramai orang. Kenapa indak ikut jalan sebelah kiri sana tadi tu? Tak payah nak naik nie.”. Ujar MSN dengan nada kepenatan.

Aku pun terdiam. Aku rasa semput naik jejantas, dah la penat jalan kaki dari KTM dimana tempat aku menunggu tadi.
CUT…………………………………………………………………………………………………
~Hanya Aku dan Dia tahu masalah yang Dia hadapi..
CUT…………………………………………………………………………………………………

Point “ Dia kehilangan semuanya, kereta, pekerjaan sekelip mata”.
“Aku hanya mampu memberi nasihat dan sokongan moral. Aku hanya mampu mendengar luahan dan berkata “Sa faham bha, tapi itu semua hanya dugaan, apa yang kita miliki sekarang, tidak semestinya akan kekal kita miliki. Mungkin apa yang terjadi hari ini, hanya dugaan dan pengajaran buat awak. Kita indak tau bha hari esok. Mungkin hari esok milik awak. Sabar ye.”
Dia menagis menceritakan segala-galanya padaku.
………………………………………………………………………………………………………

Selepas apa yang terjadi konflik aku dengan MSN bermula. Aku pindah rumah tanpa pengetahuan Dia. Sampai sekarang aku dan MSN hanya berSMS. Aku merahsiakan dimana aku tinggal sekarang. Dia meminta tolong kawan-kawan sekolej dahulu untuk mengetahui dimana aku tinggal. Aku hanya berkata “ masih di Malaysia lagi bha ni”.
………………………………………………………………………………………………………
*Apa yang telah berlaku.. apa yang telah dia lakukan sampai menguris seurat hatiku, tidak pernah akan aku lupakan ! 1saat nanti kau akan menyesal !

Semua SMS yang dia hantar :
~Awak tolong la, jangan diungkit benda yang da tiada k. Sy brek ng dya, sebelum ng rina dulu.. lagi..jangan la marah.. maw nangis plak.. sudah2 la ee..
~Bukan skrg la, 2 hya nama knangan jak, 2 da lma btahun2 da blalu, sblum rina lg, fhm x!
~knp awk,salu cam nie ;( ampun kn la sy.. jgn la cm ne ag..awk nak tgok sy cam ner lg, baru awk ampun kn sy.. sy cinta n gawk ;(
~2 la awk.. asik fikir buruk jak, sampai bla pn bruk la.. sy ikhlas nak kenal awk, nak awk fhm sy, nak awk jd teman sy? Tp awk da agp sy jahat da. Padahal xda niat pn?
~Ikot awk la.. nt sy dapat keje da.. gov.. awk gak tu sy cari,tapi awk nie xpnah fhm sy? Sy da mta ampun kt awk.
~sy nak buat baik n gawk pun, sampia xtaw nak wat pa,da,buntu da fkiran nie ;(
~sy pn mnusia bha,jgn siksa sy lg, awk xpena nk knl sy, yg awk taw ,sy nie jahat,sampai ble2 pn dlm fkirn awk 2,sy nie jhat?
~sy mint maf,apa pn kslhan sy, bg la sy pluag plezz laa,, ;( ikhlas jujur nie.
~xpun, sy smbyg Jumat jak, sy nie bkn halim pn,, brukperangai lagi.. xhormat org lg,,xp sy bniat gak akn suma 2,,bla da sampai hidayah nt? Cma sy xsuka mpmaikan agama.
~salah kew nak kat awk, sy ikhlas bha,, xda niat bruk pun,, sy nk bcinta n gawk nak knl suma fmily awk, apa jak ttg awk..hmm 
~tapi awk nie hati batu,,xpna nak bg sy pluang lg 
~eya la,, jujur,,slma knl awk smpai skrg,, xpna pun tipu awk,, ttg sy,,sy salu bg taw awk,,pun… Cuma ujian tu awak xdpat terima?
~xda pa la,,nt awk fkir lain lg, sy nak awk lupakan suma,, kisah2 tu.. bina hdup baru ng sy.
~wat pa nakd ungkit kisah lama g,,lupakan,, maju ke dpn,,jgn jd guru,, jdi professor.
~jgn la Tanya lagi.. awk 2 da pkr pun? Eh mls laa.. lupakan suma,,
~eya laa.. awk xmaafkan sy pn?

………………………………………………………………………………………………………
Soalan yang aku ajukan pada MSN :
Knp awk SANGGUP wat ujian cam 2 kt sy ????
~Aku menangis,, hati ku hancur,, hatiku remuk,, segalanya teramat pedih ku rasa,, menangis tanpa henti.. hanya Tuhan yang tahu perasaan aku disaat itu.
………………………………………………………………………………………………………

~ morning awk, sy ikhlas mcintai awk.. jgn la wt sy gnie lg,, sy da penat daminta maaf.
~lulu, ko trima aq x? nk jmp, lulu d mana 
Aku terus bertapok dari Si MSN !
hahahah... betapa kejamnya diriku..

Aku bahagia disaat ini walaupun aku terseksa dan dibayangi ujian yang dia lakukan padaku..
*Kaw ingat kaw profesor apa,, ingat sa bahan kaji ka ? lain la kaw tu jururawat !
hmmm.. mau kena kaw nanti nih ~~



















5 comments:

  1. Hello..Hahahaha..BES BES cita Lulu dgn Said.Saya pu dah follow.Errmmm...nape CONT plak?Adissshh..nanti dah siap bagitau.Kalau ada masa,follow laman saaya pula ya. www.kenalinegaraku4u2c.blogspot.com (BM)
    www.malaysiaopenhouse2u.blogspot.com (BI)
    TERIMA KASIH.

    ReplyDelete