Tentang perasaanKU ^_^

Tuesday, May 3, 2011

HANYA UNTUK MU

RM,,

saat kau menyanyikan lagu,
hati ku terbuka luas,
bisikan suara merdumu,
aku terpesona.

saat bersua denganmu,
begitu pantas waktu berlalu,
namun kau menarik perhatianku,
bagaikan mimpi tiada usulnya.

ingin aku luahkan perasaan,
sekian lama terpendam,
namun aku tidak berdaya,
kerana kau bagaikan bayangan..

setiap detik ku merinduimu,
kau hadir dalam tidur ku,
sungguh aneh perasaan ini,,
tapi sungguh indah kau jua merasakannya.

andai cinta kita ditakdirkan,
aku sanggup bersuka duka,
bersamamu disaat kau memerlukanku,
Ujian Tuhan ku lalui bersama.

cinta ku padamu begitu besar,
aku perlukan dirimu disaat ini,
kerana aku tahu kau penawar cintaku,
cinta bisamu menyeksakanku.

jika waktu mengizinkan kita,
akan ku hargai waktu bersamamu,
kerana kita tidak tahu bila,
tiba waktunya kita berdua bersama.

rindu oh rindu,
bawalah rinduku padanya,
merasakan hangat cintaku,
kerana kau tetap ku rindui..

aku dan kau bukan Tuhan,
tanpa kita sedari kita anakNya,,
disaat ini jodoh kita berserah,
kerana kuasa hanya padaNya..


coretan ku khas

Buatmu RM,,
01/05/2011
6.37 pm


No comments:

Post a Comment