Tentang perasaanKU ^_^

Friday, May 13, 2011

BUJANG TEMELAN ILI


Hari ini kau SMS ku,
Tanpa menanyakan khabar,
kau memanggil ku_____,
Tanpa kau sedari, hatiku terluka.

RuD..
Pertama kali aku menyatakan perasaan,
Jantung ku begitu kencang,
Darahku bergelora, jiwa ku meronta,
Kau sungguh istimewa dimata ku,
Adanya kekuranganmu aku terima,
Namun kau tidak mempercayai keikhlasan ku,
Aku hanya mampu tersenyum,
Walaupun berat bahu ku memikul,
Perasaan aku terlalu kuat,
Disaat kau juga menyatakannya,
Tapi.. disaat aku membohongi diriku,
Menyatakan aku tidak menyintaimu,
Kau pula menyalahkan ku,,
Sungguh.. aku tidak mengerti,
Kau pantas menyalahkan ku.

RuD..
Inikah dugaan??
Dugaan menyintai seseorang
tanpa kerelaannya??

RuD..
Aku bahagia bersamamu,
Walaupun hanya sementara,
Semuanya pertama dan terakhir
Yang akan aku lalui bersamamu.

RuD..
Hidup kita serupa,
Aku pernah lalui,
Dan kau juga pernah lalui,
Pahit getir dalam sebuah kehidupan,
Tanpa kesenangan,
Semuanya tidak akan dilupakan,
Kerana semuanya akan menjadi
kenangan dalam menjalani kehidupan,
Sesungguhnya.. Tuhan itu maha adil.

RuD..
Kau ku cintai,
Kau ku sayangi,
Kau ku rindui,
Pernahkah kau merasakannya??

RuD..
Hampir 10 tahun,
Peristiwa yang kau alami,
Aku tahu hatimu hanya untuknya,
Kerana yang pertama dihatimu,
Itu juga yang terakhir dihatimu,
Dan kau juga terlalu menyintainya,
Tapi.. aku hanya mampu menumpang kasih.

RuD..
Hari demi hari,
Aku belajar tuk melupakanmu,
Tapi semuanya menyeksakan ku,
Aku tidak mampu melakukannya,
Walaupun aku ingin menghapuskannya,
Aku makin terseksa,
Jiwa ku.. memikirkan,
Saban hari aku mendoakan kau,
Aku terigau-igau,
Mencari kepastian,
Namun aku tidak menemukan,
Apa yang harus aku lakukan??

RuD..
Disaat kau tidak menghubungi ku,
Aku binggung.. resah..memikirkanmu,
Adakah kau baik-baik sahaja??
Apa yang sedang kau lakukan??
Dengan siapakah kau bersama??
Disaat itu..
Aku hanya mencari jejakmu,
Tapi.. semuanya hanya ilusiku.

RuD..
Maafkan aku kerana menyintaimu.
13/05/2011
9.55 pm

No comments:

Post a Comment