Tentang perasaanKU ^_^

Tuesday, October 16, 2012

12 Tanda Anda Sedang Di Lamun Cinta ~

Jadi disini saya kongsikan 12 simptom2 mereka
yang sedang di lamun cinta.

1. Anda rasa anda seperti kenal dia sudah lama,
padahal anda baru sahaja kenal akan dia. Anda
dapatkan rasa keserasian yang timbul antara anda
dan dia. Anda rasa begini kerana anda tertarik
sepenuhnya pada dia.


2. Anda mula dahagakan senyuman dari si dia.


3. Anda boleh bekerjasama dengan dia dan anda
juga sedia bekorban untuk memastikan kerjasama
itu berlaku.


4. Anda berdua mempunyai rasa yang sama iaitu
mempunyai minat yang sama dan secara perlahan
– lahan, anda mula luahkan apa yang anda rasa
kepada dia.


5. Anda sentiasa teringatkan dia. Bahkan segala
perkara yang anda lakukan, anda kaitkan dengan
dia.


6. Anda hanya nampak sifat baik dia sahaja.
Walaupun anda tahu dia ada sikap jahat, anda
menolak sikap jahat tersebut dan sedia menerima
dia seadanya.


7. Anda rasa tenang dan rasa lebih yakin apabila
bersama dengan dia.


8. Anda mula ketagih untuk luangkan masa bersama
– sama dengan dia. Walaupun anda sibuk, anda
tetap cuba mencari masa.


9. Tiba – tiba sahaja anda minat untuk dengar
lagu cinta.


10. Anda mula membayangkan masa hadapan anda
berdua sebagai pasangan hidup. Malah anda juga
mula merencana pelbagai aktiviti untuk dilakukan
bersama – sama.


11. Anda mula rasa sayang teramat pada dia.


12. Anda mula berkongsi perkara yang berlaku
dalam hidup anda dengannya..


Jika anda ada mengalami tanda2 seperti di atas
tu, memang benarlah anda memang sedang angau
dilamun cinta...

Cinta yang murni itu, lahir dari hati yang suci :)


Semoga bermanfaat..
Khas buat follower Lulu..
=)

2 comments: