Tentang perasaanKU ^_^

Sunday, October 28, 2012

5 TIPS UNTUK SELAMATKAN HUBUNGAN CINTA YANG MULAI RETAK !

Dalam percintaan juga tidak terkecuali, tetapi
janganlah terus berputus asa. Kita harus mencari
jalan penyelesaiannya.




Jika hubungan cinta anda mulai retak tetapi anda
masih sayangkan kekasih anda, anda cubalah 5 tips
di bawah ini:

1. Ketika hubungan anda berdua seperti retak, anda
jangan sesekali bertindak seolah–olah anda ingin
meninggalkan dia. Jika anda masih sayang,
tunjukkan dia bahawa anda masih sayang pada dia.

Jika anda merajuk dan dia juga merajuk, hubungan
anda berdua pasti akan berakhir. Seseorang perlu
berkorban dan jika anda sayangkan dia, anda perlu
berkorban perasaan merajuk anda dan mula
memujuk dia.

2. Jika anda mahu selamatkan hubungan anda berdua,
anda perlu buka ruang untuk berkomunikasi. Selagi
ada komunikasi antara anda berdua, hubungan anda
berdua pasti ada peluang untuk diperbaiki.

3. Anda perlu faham bahawa hubungan cinta perlukan
usaha untuk menjayakannya. Antara usaha yang boleh
anda buat adalah buang ego, menyayangi dia dengan
lebih baik, hormat dia dan lakukan apa sahaja
untuk menyelamatkan hubungan anda berdua.

4. Jika anda perasaan, pasangan anda juga ada
perasaaan. Apa yang dia rasa mungkin berbeza
dengan anda. Anda boleh selamatkan hubungan anda
dengannya jika anda mula bekerja untuk memahami
perasaan dia. Fahami perasaan dia dan berikan
apa yang dia mahu.

5. Tips terakhir adalah jangan fikir susah. Anda
perlu berfikir positif jika anda mahu
menyelamatkan hubungan cinta anda berdua.

Semoga anda bermanfaat dengan yang saya kongsikan ini..
^_^

1 comment: